Friday, July 25, 2008

Monday, June 30, 2008

Sunday, March 23, 2008

Saturday, March 22, 2008

BAB 1 - KEMUNCULAN TAMADUN AWAL DUNIA

BAB 1

KEMUNCULAN TAMADUN AWAL DUNIA

Soalan Objektif


1. Arkeologi ialah kajian terhadap tinggalan artifak, ekofak dan feature masyarakat lampau melalui proses carigali.
Apakah maksud ekofak? (ms 2)

A Barang-barang logam seperti besi dan gangsa

B Tinggalan seperti sisa makanan,tulang dan tumbuhan

C Barang yang dicipta oleh manusia seperti pinggan mangkuk

D Tinggalan seperti struktur bangunan yang tidak dapat diubah

___________________________________________________________

2 Imhotep ialah saintis, ahli fizik, arkitek dan penasihat Firaun Djoser dalam kerajaan Mesir.
Apakah sumbangan utama beliau? (ms 21)

A Memperkenalkan kalendar pertama

B Membina sistem pengairan yang terbesar

C Memperkenalkan teknik pembinaan bangunan

D Merancang pembinaan bandar-bandar besar

___________________________________________________________
3 Masyarakat tamadun ini percaya bahawa kuasa raja adalah mandat dari Tuhan dan raja-rajanya tidak perlu mendapatkan pengesahan politik.
Apakah tamadun yang boleh dikaitkan dengan pernyataan tersebut? (ms 31)

A Tamadun Mesopotamia

B Tamadun Hwang Ho

C Tamadun Mesir

D Tamadun Indus

___________________________________________________________

4 Dalam bahasa Yunani, “Mesopotamia” bermakna “Tanah di antara dua sungai”.

Apakah nama dua sungai tersebut? (ms 10)

I Sungai Nil

II Sungai Indus

III Sungai Tigris

IV Sungai Euphrates

A I dan II

B I dan III

C III dan IV

D I dan IV

___________________________________________________________

5 Salah satu ciri tamadun awal ialah kewujudan sistem tulisan. Antara berikut, yang manakah bentuk tulisan tamadun awal. ( ms 8 )

I Hieroglif

II Ideogram

III Cuneiform

IV Papyrus

A I, II, dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV


************************************************************************
Soalan Struktur

1 Tamadun Hwang Ho muncul daripada kesuburan tanah yang terdapat di sekitar sungai Hwang Ho atau sungai Kuning. ( ms 29-33)

a. Apakah nama tapak petempatan awal penduduk Hwang Ho?

i. .............................................................................
(1 markah )


b. Berikan tiga aktiviti penduduk kawasan Hwang Ho?

i. ..............................................................................

ii. .............................................................................

iii. ............................................................................
( 3 markah )


c. Nyatakan kepentingan kalendar kepada masyarakat Tamadun Hwang Ho?


i. ..............................................................................

ii. ..............................................................................

( 2 markah )


d. Bagaimanakah pembesar-pembesar membalas budi raja-raja Dinasti Chou?


i. ..............................................................................

ii. ..............................................................................

iii...............................................................................

( 3 markah )


e. Pada pendapat anda mengapakah karya Sun Tzu iaitu “The Art of War” popular sehingga hari ini?


i. ...........................................................................

( 1 markah )


[ 10 Markah ]

_________________________________________________________

2 Tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus dan Hwang Ho menjadi asas peningkatan tamadun manusia. (ms15-34)

a. Mengapakah Kod Undang-undang Hamurabi dapat membantu tamadun Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang lama?

i. ..............................................................................

ii. ..............................................................................

( 2 markah )


b. Berikan dua kesan penciptaan kertas oleh masyarakat tamadun Mesir.

i. ..............................................................................

ii. .............................................................................

( 2 markah )


c. Nyatakan ciri-ciri istimewa yang terdapat pada Mohenjo Daro dan Harappa dalam Tamadun Indus.

i. .............................................................................

ii. .............................................................................

iii..............................................................................

( 3 markah )


d. Mengapakah bidang astronomi menjadi penting bagi tamadun Mesir Purba, Hwang Ho dan Mesopotamia?

i. .............................................................................

ii. .............................................................................

iii..............................................................................

( 3 markah )

[ 10 Markah]

**********************************************************************

Soalan Esei

Soalan 1
a ) Raja Hamurabi telah menggubal Kod Undang-undang Hamurabi semasa memerintah Babylon. Huraikan ciri-ciri Kod Undang-undang Hammurabi. (ms 14)

( 6 markah )


b ) Jelaskan peranan Firaun dalam masyarakat Mesir Purba.

(10 markah)


c ) Nyatakan peranan pendeta dalam sistem pemerintahan tamadun Indus.

(4 markah)


Soalan 2

Pembentukan tamadun awal manusia bermula apabila petempatan kekal berkembang secara evolusi kepada perkampungan, bandar dan seterusnya menjadi sebuah negara kota.

a ) Terangkan ciri-ciri negara kota yang terdapat dalam tamadun Mesopotamia.
(ms 11-24)

( 8 markah )


b ) Jelaskan struktur susun atur pembinaan bandar terancang dalam tamadun Indus.

( 8 markah )


c ) Pada pandangan anda, bagaimanakah kawasan yang boleh dijadikan petempatan awal masyarakat tamadun awal?

( 4 markah )




XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Peraturan Pemarkahan


Objektif

1 B
2 C
3 B
4 C
5 A
________________________________________________________

Struktur


1
a ) Apakah nama tapak petempatan awal penduduk Hwang Ho?

F1 Tapak Banpo

Mana-mana 1 x 1m

[1M]

b ) Berikan tiga aktiviti penduduk kawasan Hwang Ho?

F1 pertanian
F2 penternakan
F3 mengumpul hasil hutan
F4 memburu

Mana-mana 3 x 1m

[3M]

c ) Nyatakan kepentingan kalendar kepada masyarakat Tamadun Hwang Ho?


F1 menentukan musim menanam dan menuai
F2 menjalankan aktiviti harian seperti perkahwinan
F3 menentukan musim menuai

Mana-mana 2 x 1m

[2M]

d ) Bagaimanakah pembesar-pembesar membalas budi raja-raja Dinasti Chou?

F1 Berikrar taat setia kepada pemerintah
F2 Memberikan hadiah seperti kereta kuda, gangsa, senjata, hamba dan binatang
F3 Melindungi raja
F4 Memberikan bantuan tentera semasa perang

Mana-mana 3 x 1m

[3M]

e ) Pada pendapat anda mengapakah karya Sun Tzu iaitu “the Art of War” popular sehingga hari ini?

F1 membicarakan selok-belok perang
F2 cara-cara menangani musuh
F3 diaplikasi dalam urusan perniagaan

Mana-mana 1 x 1m

[1M]


_________________________________________________________

2

a ) Mengapakah Kod Undang-undang Hamurabi dapat membantu tamadun Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang lama?

F1 Undang-undangnya berteraskan hak rakyat
F2 Hukumannya setimpal dengan kesalahan
F3 Undang-undang dapat mewujudkan perpaduan
F4 Dapat mengukuhkan sistem organisasi

Mana-mana 2 x 1m

[2 M]


b ) Berikan kepentingan penciptaan kertas oleh masyarakat tamadun Mesir.

F1 memudahkan penyimpanan rekod
F2 meninggalkan kebergantungan pada batu-batu
F3 menyimpan segala khazanah bangsa

Mana-mana 2 x 1m

[2M]


c ) Nyatakan ciri-ciri istimewa yang terdapat pada Mohenjo Daro dan Harappa dalam Tamadun Indus.

F1 sebuah bandar terancang
F2 susun atur yang sistematik
F3 perancangan bdar dibantu ilmu geometri
F4 disusun berasaskan blok-blok
F5 dipisahkan dengan satu jalan lurus dan bersambung
F6 mempunyai sistem kumbahan
F7 dihubungi sungai-sungai sebagai jalan perhubungan

Mana-mana 3 x 1m

[3M]


d ) Mengapakah bidang astronomi menjadi penting kepada ketiga-tiga tamadun tersebut ?

F1 penciptaan kalendar solar 12 bulan
F2 penggunaan jalan laut
F3 menentukan musim menanam
F4 menentukan musim menuai
F5 menentukan aktiviti harian

Mana-mana 3 x 1m

[3M]

[ 10 Markah]


_________________________________________________________

Esei

1a ) Ciri-ciri Kod Undang-undang Hammurabi…


F1 Undang-undang ini digubal Raja Hammurabi

H1a pemerintah kerajaan Babylon / raja kerajaan Mesopotamia

F2 Undang-undang ini berteraskan hak rakyat terhadap keadilan

H1a Mengikut kod ini hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan

H1b Tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat

C1a Sekiranya seseorang bangsawan mematahkan tulang bangsawan lain, tulangnya akan dipatahkan

C1b Sekiranya seseorang bangsawan mencederakan mata seseorang rakyat biasa, bangsawan itu akan didenda sebanyak 1 perak.

F3 Kod ini menjadi dasar perundangan Mesopotamia / mengandungi undang-undang masyarakat Mesopotamia

H3a undang-undang yang dipahat pada tembok serta tiang besar

H3b rakyat dapat membaca undang-undang tersebut

C3a Kod ini mengandungi Kira-kira 282

F4 Dapat mengelakkan wujudnya permasaalahan dalam masyarakat pelbagai kaum

H4a Membantu tamadun Mesopotamia kekal dalam jangka masa yang panjang

C4a Dapat mewujudkan perpaduan

C4b Dapat mengukuhkan sistem organisasi

Mana-mana 15 x 1m


[Mak. 6m]

1b. Peranan Firaun dalam masyarakat Mesir Purba adalah…

F1 Firaun merupakan raja berkuasa mutlak

F2 dianggap suci

F3 jawatan Firaun diwarisi secara turun temurun

F4 pada zaman kerajaan lama, Firaun dianggap Tuhan Horus

H5 semasa pemerintahan dinasti ketiga dan keempat, Firaun

F6 digelar sebagai Raja Matahari

F7 dipercayai firaun ialah anak Tuhan Matahari, iaitu Amon Re

F8 Firaun merupakana ketua pendeta

F9 Pemilik tanah

F10 Ketua hakim

F11 Ketua pahlawan

Mana-mana 11 x 1m

[Mak. 10 m]
1c. Peranan pendeta ialah…

F1 kelas utama ialah pendeta

F2 bilangannya kecil

F3 para pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar

F4 Mengawal aktiviti masyarakat terutamanya melibatkan kegiatan keagamaan


F5 atas dasar agama, golongan bawahan memberi ketaatan kepada golongan pendeta


F6 menurut sejarawan tampuk pemerintah tamadun Indus dipegang oleh pendeta

Mana-mana 6 x 1m

[Mak. 4m]
_________________________________________________________

2a Ciri-ciri negara kota di Mesopotamia.

F1 negara kota terbahagi kepada kawasan utama

H1a iaitu pusat kota / tembok kota / luar kota / pelabuhan

F2 negara kota juga mempunyai kubu pertahanan

H2a dengan pelbagai bentuk pintu gerbang

H2b yang menjadi lambang kekayaan sesebuah kota

F3 binaan di dalam kota

H3a terdapat istana / rumah kediaman / rumah ibadat / rumah kedai / pasar


F4 mempunyai sistem jalan rayanya

H4a berkeadaan lurus dan lebar

F5 pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat

H5a yang menjadi tumpuan anggota masyarakat

H5b ziggurat berfungis sebagai pusat ibadat selain pusat perdagangan dan penyimpanan
khazanah negara

F6 setiap kota mempunyai unit politik

H6a menjadikan negara kota sebagai sebuah kerajaan berdaulat

F7 Sebuah negara kota mempunyai agama sendiri

H7a Mesopotamia mengamalkan pemerintahan teokrasi

H7b Raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan

Mana-mana 17 x 1m

[Mak 10 m]

2b Ciri-ciri bandar yang terancang di Tamadun Indus ialah

F1 Bandarnya terbahagi dua bahagian yang dikelilingi tembok

F2 Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan

F3 menempatkan bangunan pentadbiran

F4 tempat mandi awam untuk upacara ritual

F5 tempat pembersihan

F6 tempat penyimpanan hasil pertanian

F7 Bahagian kedua bandar merupakan kawasan perumahan

F8 Bandar-bandarnya terancang begitu rapi

F9 sudut susun atur yang sistematik

F10 perancangan bandarnya dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan

F11 serta sumbangan Tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba

F12 disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat

F13 setiap blok dipisahkan dengan satu rangkaian jalan raya yang lurus yang bersambung
antara satu sama lain

F14 setiap bandar mempunyai sistem kumbahan terancang

F15 bandar-bandar ini juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan
perhubungan

Mana-mana 15 x 1m

[Mak. 10m]

2c Kawasan yang boleh dijadikan petempatan awal masyarakat tamadun awal

F1 Kawasan yang membolehkan manusia menyesuaikan diri dengan alam sekitar

F2 Kawasan yang mudah untuk menjalankan kegiatan harian / kehidupan harian

F3 Berdekatan dengan sumber air / sungai / tasik / lembah sungai

F4 Kesuburan tanah

F5 Adanya kemudahan memperoleh makanan

F6 Terdapatnya kemudahan pengangkutan

F7 Terdapatnya kemudahan perhubungan

Mana-mana 7 x 1m

[Mak. 10m]

Thursday, March 20, 2008

Tips-tips Mengulangkaji Sejarah

Setiap pelajar sudah tentu mempunyai strategi dan yang tersendiri untuk mengulang kaji pelajaran. Biasanya strategi seseorang pelajar tidak serupa dengan strategi pelajar yang lain. Ia bergantung kepada keupayaan individu, persekitaran, pengalaman calon menduduki ujian atau peperiksaan yang lalu dan sebagainya.

Teknik atau strategi yang terbaik ialah yang selesa, sesuai, semula jadi dan anda fikir berkesan dengan cara anda! Oleh itu para pelajar hanya perlu membina strategi mengulang kaji pelajaran Sejarah berdasarkan kepada faktor-faktor tersebut. Berikut adalah beberapa panduan atau teknik mengulang kaji mata pelajaran Sejarah (PMR,SPM & STPM).

· Mengetahui topik-topik penting.

Calon perlu mengetahui beberapa maklumat penting mengenai topik-topik pelajaran Sejarah semasa membuat ulang kaji. Calon perlu mengetahui ciri-ciri utama soalan kertas Sejarah termasuklah masa ujian, bilangan soalan, format soalan, kod kertas, topik-topik penting yang kerap dikemukakan dalam peperiksaan dan sebagainya.

Jangan panik atau gementar jika calon belum mengulang kaji keseluruhan topik tersebut sepenuhnya. Lihat jadual yang disertakan di bawah ini sebagai panduan. Beri keutamaan kepada topik-topik penting yang menjadi minat anda dahulu.

Selalunya topik-topik penting akan diberi tumpuan semasa membuat ulang kaji. Kemudian diikuti dengan topik-topik yang lain. Buat ulang kaji dengan penuh minat dan ketekunan kerana minat dan ketekunan akan menyebabkan pembelajaran anda akan lebih tersusun! Dengan cara ini anda akan mengulang kaji topik-topik yang lebih sukar dan mencabar tanpa rasa bosan atau terpaksa.

Anda juga boleh membuat ulang kaji dan tumpuan yang lebih kepada topik-topik yang agak sukar dan mencabar dan mengurangkan penekanan kepada topik yang anda fikir lebih mudah dikuasai. Calon akan mengulang kaji dengan cekap dan seimbang bagi setiap topik untuk memperoleh hasil yang maksimum.

· Mengulangkaji secara sistematik dan kronologi.

Peristiwa dan fakta sejarah biasanya disusun mengikut kronologi. ( KRONOLOGI bermaksud susunan dari yang awal kepada yang akhir) Calon-calon perlu mengulangkaji tajuk-tajuk yang mempunyai fakta dan peristiwa yang terlalu padat mengikut susunan iaitu yang dahulu didahulukan, dan yang kemudian dikemudiankan. Ini untuk mengelakkan kekeliruan bagi mengingat fakta dan peristiwa penting. Contoh Kronologi ialah seperti susunan peristiwa dibawah. Kita perlu memahami peristiwa awal seperti Cadangan penubuhan Malaysia sebelum memahami proses-proses bagaimana Malaysia terbentuk.

Rajah 1 : Gagasan Malaysia sehingga penubuhannya pada 1963

Cadangan penubuhan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman 27 Mei 1961
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) Julai 1961
Suruhanjaya Cobbald 19 Februari - 17 April 1962
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) Ogos 1962
Rujuksuara/Referendum di Singapura 1 Sept 1962
Brunei menolak cadangan Malaysia Julai 1963
Rombongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke Sabah dan Sarawak 16 Ogos - 5 Sept 1963
Pengisytiharan Malaysia 16 Sept 1963


Apabila anda sudah menguasai isi pelajaran/topik mengikut kronologi dengan baik, anda tidak akan mengalami masalah kekeliruan untuk menghuraikan untuk mengulangkaji tanpa mengikut urutan.

· Pertarikhan dalam mata pelajaran Sejarah

Peristiwa dan fakta Sejarah memang tidak boleh dipisahkan dengan tarikh. Perlu diingat, soalan Sejarah tidak bertujuan untuk membebankan pelajar dengan begitu banyak tarikh yang perlu diingat atau dihafal. Memadailah dengan mengingat atau menghafal tarikh penting atau kurun itu sahaja.

Rajah 2: Penentangan tokoh tempatan terhadap British pada abad ke-19

Tahun Tokoh Tempat

1831-1832 Dol Said Naning

1875 Maharaja Lela Tok Sagor Perak

1875 Yamtuan Tengku Antah Negeri Sembilan

1853 Rentap Sarawak (Sungai Skrang)

1859 Syarif Masahor Sarawak(Sarikei)

1891-1895 Dato' Bahaman & Tok Gajah Pahang

1894-1900 Mat Salleh Sabah (Sungai Sugut)

· Mengkaji perjanjian penting

Terdapat banyak perjanjian penting yang memberi kesan kepada perkembangan sejarah politik, ekonomi dan sosial negara kita. Setiap satu perjanjian mempunyai sebab mengapa ia dimetrikan. Setiap perjanjian juga mempunyai syarat-syarat atau isi yang berbeza dengan perjanjian yang lain. Malah lebih hebat lagi ia memberi implikasi yang bukan sedikit kepada negara kita. Contohnya ialah Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 atau Perjanjian London 1824.

Sebab-sebab perjanjian London ditandatangani

Belanda membantah pembukaan Singapura dan mendakwa bahawa Singapura di bawah pengaruh mereka.
Sejak dibuka, Singapura terus berkembang dengan pesat dan perdagangannya bertambah.
Badan perdagangan di London dan Calcutta mendesak kerajaan British supaya terus menduduki Singapura. Kerajaan British ingin bersahabat dengan Belanda demi menjaga kepentingan masing-masing di Timur.
Pada 17 Mac 1824, kedua-dua kerajaan menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda atau Perjanjian London.

Isi-isi penting Perjanjian London

Singapura, Tanah Melayu dan India menjadi kawasan pengaruh British.
Wilayah di Selatan Singapura termasuk Riau-Lingga dan Hindia Timur menjadi kawasan pengaruh Belanda.
Belanda melepaskan tuntutannya ke atas Singapura dan mengakui Singapura sebagai tanah jajahan British.
Belanda menyerahkan Melaka kepada British.
British menyerahkan Bangkahulu (Bencolen) kepada Belanda.
Belanda akan mengekalkan monopoli perdagangan di Pulau Maluku.
Belanda akan membayar RM100,000 kepada British untuk menyelesaikan hutangnya.
Perjanjian monopoli bijih timah di antara Belanda dengan Negeri-negeri Melayu akan dibatalkan.


Kesan-kesan penting perjanjian tersebut

Gugusan Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua bahagian. British bebas meluaskan kuasanya di Tanah Melayu tanpa gangguan Belanda.
Empayar Johor-Riau juga terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Kepulauan Riau-Linggi di bawah pengaruh Belanda dan tanah besar Johor di bawah pengaruh British.
Empayar Johor-Riau telah berakhir; Pahang (iaitu jajahan Johor) mengambil kesempatan membebaskan diri daripada kawalan Johor.
Pahang diperintah oleh keluarga Bendahara.
Singapura kekal sebagai tanah jajahan British.

Cuba fahami setiap perjanjian-perjanjian penting, faktor-faktor yang menyebabkan termeterainya sesuatu perjanjian, isi-isi perjanjian dan kesan selepas perjanjian tersebut ditandatangani. Contoh perjanjian-perjanjian yang popular dan sering dikemukakan dalam ialah:

o Perjanjian Inggeris - Belanda 1824
o Perjanjian Burney 1826
o Perjanjian Pangkor 1874
o Perjanjian Persekutuan 1896
o Perjanjian Bangkok 1909
o Perjanjian Persekutuan 1956 dan lain-lain.

· Sumbangan tokoh-tokoh penting.

Cuba ulang kaji juga mengenai biografi tokoh-tokoh penting negara seperti Maharaja Abu Bakar, Dato' Onn bin Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj, Tun Abdul Razak bin Hussein, Ibrahim Yaakob, Dr Burhanuddin Al Helmi, Ishak Haji Muhammad dan sebagainya. Fokuskan kejayaan utama dan sumbangan mereka kepada negara. Walau bagaimanapun bacalah juga butir-butir peribadi mereka, pendidikan, latar belakang dan gambar foto mereka yang terdapat di dalam buku teks untuk memudahkan pelajar mengecam wajah tokoh-tokoh tersebut.

Untuk sejarah Dunia juga pelajar perlu mengenali masa kegemilangan tokoh ( jangka hayat tokoh), sumbangan tokoh kepada negaranya atau kepada masyarakatnya. Contoh tokoh penting seperti, Aristotle,Socrates, Plato, Nabi Muhammmad, Khalifah-khalifah, Para Ilmuwan & Falsafah, dan ramai lagi.

TIPS : Bagaimana mengingat nama tokoh yang pelik-pelik.....??? Kebanyakan pelajar mempunyai masalah mengingat nama-nama tokoh terutamanya nama yang agak pelik. Contohnya seperti Socrates, Nebuchanezzar, Pericles, dan sebagainya. Untuk mengatasi masalah ini dicadangkan pelajar menulis sebanyak mungkin nama tokoh tersebut diatas kertas Mungkin 20 hingga 40 kali. Cuba tulis dengan mengeja mengikut suku-suku kata. Contohnya Nebuchanezzar ----- dieja dan ditulis seperti berikut : Ne/ bu/ cha /nezzar ---------- Nebuchanezzar.

· Fahami KONSEP penting.

Para pelajar juga perlu memahami konsep-konsep penting. Contohnya seperti konsep Sistem Pemerintahan, Demokrasi, Republik, Kerajaan, Revolusi, Tamadun, Imperialisme, Nasionalisme, Sistem Pemerintahan, Sistem Feudal, Monarki, Anarki, Autokrasi dan sebagainya. Cuba dapatkan huraian tentang konsep-konsep tertentu dengan jelas kerana ia membantu anda memahami topik-topik tertentu dengan lebih mudah. Anda juga perlu memahami perbezaan antara satu konsep dengan konsep yang lain. Contohnya perbezaan konsep Sistem Pemerintahan Demokrasi dengan Sistem Pemerintahan Feudal. Disarankan anda mendapatkan bantuan guru anda untuk memberikan penjelasan tentang konsep-konsep yang anda masih kabur.

· Bersedia dengan soalan berbentuk stimulus.

Para pelajar diminta membiasakan diri dengan soalan berbentuk peta, pernyataan, petikan, carta,graf, gambarajah, puisi, gambar foto, ilustrasi, maklumat peristiwa, situasi, dialog, perbilangan jadual, senarai dan sebagainya. Pelajar yang telah membiasakan diri dengan bentuk soalan seperti ini semasa membuat ulangkaji akan lebih menguasai sesuatu tajuk dengan cepat dan cekap.

· Membuat Nota

Pelajaran Sejarah tidak pernah membebankan pelajar dengan sesuatu yang terlalu mencabar hingga susah dicapai oleh kebanyakan pelajar. Apa yang penting, pelajar memahami sesuatu peristiwa sejarah itu sendiri. Pelajar yang asyik membaca tetapi masih kabur dan tidak memahami topik yang dibaca perlu mengambil langkah berikut:

- membaca teks buku rujukan
- menggariskan fakta yang dianggap penting
- membaca sambil mencatat nota

Cara pertama memakan masa lebih-lebih lagi kalau buku rujukan terlalu tebal dan pelajar mungkin mengalami kesusahan untuk menghabiskannya. Oleh itu pelajar perlu bersedia sejak awal lagi.

Teknik kedua juga lebih berkesan asalkan pelajar tidak terlalu cenderung untuk menggaris sehingga semua perkataan di dalam teks turut digaris!

Cara ketiga paling berkesan kerana nota yang dibuat adalah ringkas dan dianggap penting. Cara ini menjimatkan masa dan tenaga kerana pelajar yang kurang memahami sesuatu maklumat penting akan membaca teks asal semasa mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan.

Nota bolehlah dibuat dalam pelbagai bentuk antaranya dalam bentuk:

Bentuk Carta Alir, Peta Minda, Jadual Besar, Gambar-gambar Kartun, Akronim, Penggunaan Kata Kunci dan sebagainya bergantung kepada minat dan kesesuaian pelajar. Penting juga nota ini ditulis dalam buku yang mudah dibawa untuk memudahkan pelajar mengulangkaji dimana-mana (di Stesen Bas, kantin dsb).


· Ulang kaji soalan lepas.

Calon gemar menjawab soalan-soalan Sejarah yang lalu akan lebih bersedia, lebih yakin, lebih bersemangat dan meramal bentuk atau format soalan akan datang. Mengetahui contoh-contoh soalan tahun lepas sangat berguna kepada calon. Ia memberi gambaran bagaimana sesuatu soalan dikemukakan, bilangannya, taburannya dan kekerapan setiap topik disoal.

Ini diakui ramai guru-guru Sejarah kerana Lembaga Peperiksaan sendiri sering mengeluarkan laporan analisis jawapan calon-calon beberapa tahun lalu pada setiap tahun. Daripada analisis laporan tersebut para guru boleh mengetahui kelemahan yang dilakukan oleh setiap calon tahun lepas. Dengan cara inilah calon dapat membaiki kelemahan dan membaiki kelemahan tersebut semasa membuat ulangkaji.

· Soalan Ramalan.

Guna soalan ramalan bukan untuk meneka atau meramal soalan yang akan keluar. Soalan ramalan digunakan untuk membuat latihan dan menguji keupayaan calon sahaja. Jika soalan ramalan yang anda jawab itu keluar, anggaplah ia kebetulan atau sebagai bonus sahaja. Ini disebabkan soalan ramalan memang diragui ketepatannya. Jadi jangan terlalu percaya kepada soalan ramalan hingga tidak mahu mengulangkaji tajuk lain .


· Meneka jawapan dalam peperiksaan.

Boleh, jika calon tidak pernah menduga atau calon benar-benar tidak tahu soalan dan mengganggu jawapan yang dikemukakan. Bagaimanapun anda harus meneka secara bijak iaitu dengan membuat pilihan yang anda pasti betul dan membuang pilihan yang sudah pasti salah. Kemudian pilih jawapan yang paling tepat sahaja daripada pilihan jawapan yang tinggal. Lebih baik meneka daripada tidak menjawab langsung!


· Membuat latihan sendiri.

Selalulah mencuba membuat latihan sendiri atau secara berkumpulan di rumah semasa membuat ulang kaji untuk menilai kelemahan diri sendiri di samping membuat latihan atau ujian yang diberikan oleh guru Sejarah anda di kelas. Apa yang penting ialah para pelajar harus mencuba dan terus mencuba latihan yang dibuat sendiri tanpa perasaan jemu atau terpaksa! Akhirnya, ia akan menjadi satu kebiasaan belajar yang berkesan.

Kebiasaan menjawab sesuatu latihan akan menjadikan seseorang pelajar menjadi mahir dalam topik yang disoal atau dikemukakan. Jika pelajar mengamalkannya maka pelajar kurang menghadapi masalah dalam pelajaran tersebut. Ia bukan sahaja memudahkan pelajar mengingat sesuatu fakta sejarah bahkan sentiasa berusaha untuk menjawab soalan yang lebih mencabar.


· Habiskan ulang kaji sebelum bulan Ogos.

Anda mesti menghabiskan ulang kaji topik-topik penting mata pelajaran Sejarah sebelum atau pada bulan Ogos untuk memudahkan anda membuat latihan pelajaran lain juga. Jadi, pelajar harus mengisi masa yang terluang untuk membuat ulang kaji. Ingat, calon perlu mengasah kemahiran sendiri dengan menjawab soalan peperiksaan yang banyak demi kejayaan dan kecemerlangan pencapaian semua mata pelajaran yang diambil dengan seimbang. Calon bukan berhadapan dengan kertas mata pelajaran Sejarah sahaja. Pelajaran lain juga perlu masa belajar yang seimbang.


· Minat terhadap mata pelajaran Sejarah.

Minat merupakan pendorong kuat yang dapat menggalakkan ke arah kejayaan bagi merangsang calon untuk terus belajar. Sebenarnya, ada beberapa cara yang boleh membantu calon meminati pelajaran Sejarah. Antaranya anda perlu mengingati nama-nama tokoh (negarawan) sebagaimana anda mengingati nama-nama jaguh sukan negara dan bintang Filem (e.g kaitkan nama dengan Filem Star & Rock Star). Anda juga boleh mengembangkan aspek-aspek yang digemari atau disukai dalam kehidupan pelajar dengan mata pelajaran Sejarah. Sekiranya anda ingin menjadi seorang peguam, mata pelajaran Sejarah amat penting untuk membolehkan anda mencapai cita-cita tersebut.


Seterusnya, untuk memperkembangkan minat terhadap pelajaran Sejarah, anda perlu meluangkan masa menonton filem-filem sejarah (cth: Peristiwa Bukit Kepong, Ghandi, dsb), dokumentari (cth: Jejak Rasul, Discovery, National Geographic) atau mengunjungi pameran bercorak sejarah dan membuat perkaitan pendidikan Sejarah dengan kehidupan pelajar. Contohnya bila anda melihat Piramid dalam filem The Mummy, anda dapat membayangkan fakta sejarah kehidupan masyarakat Mesir Purba dan membuat perbezaan dengan cara hidup masa kini. Begitu juga dengan melihat gambar bangunan Parlimen, anda boleh membuat interpretasi negara kita mengamalkan pemerintahan demokrasi berparlimen. Dengan melawat Tugu Negara anda pernah mempelajari pahlawan kita yang terkorban kerana melawan komunis semasa darurat dan sebagainya. Ingat! ·

  • Sesuatu subjek yang diminati lebih mudah diingati.
  • Minat boleh dibina dengan mencari serta memperkembangkan aspek yang digemari atau disukai.
  • Minat, kegemaran dan kemajuan saling dipadankan dengan cita-cita akan membantu kecemerlangan.
  • Minat membantu anda memaksa diri untuk berjaya !

Semoga Berjaya !!!


Lagi Tips : Dulu cikgu saya ada bagi satu tips...katanya sehari sebelum belajar tajuk yang kita hendak belajar, kita mestilah baca dan fahami dahulu dirumah. Kemudian disekolah ketika belajar tajuk itu cuba beri tumpuan dan tanya konsep yang anda masih kabur kepada guru anda. Kemudian sejurus selepas diajar buat ulangkaji sekali lagi tajuk itu dirumah. Apabila sudah genap seminggu belajarlah tajuk itu sekali lagi. Ini diikuti ulangkaji apabila sudah sebulan belajar tajuk itu. Dan akhirnya ulangkajilah tajuk itu beberapa minggu sebelum peperiksaan. Dengan cara ini menurutnya pelajar sekurang-kurangnya telah membaca dan mengulangkaji satu-satu topik 6 kali sebelum peperiksaan. Katanya kaedah ini membantu meningkatkan keupayaan ingatan pelajar.

SELAMAT BERUSAHA & SELAMAT MENCUBA.